Friday, November 18, 2005
Air Dicincang Takkan Putus....
Assalamaualaikum...dalam beberapa hari ni aku tak sempat meneruskan perjuangan blog nih..kerana kesibukan jugak aku tak sempat nak mencari idea, tapi hari ni walaupun aku masih bekerja sedangkan 80% di luar sana sedang bercuti, maka aku pun mengambil peluang ini untuk menambah idea di blog ni..
TAHNIAH Sekalung TAHNIAH buat anak sedara ku Nor Ily Atirah yang baru sahaja menerima keputusan UPSR Dengan keputusan yang cukup cemerlang 5A...
Tahniah buat kakak ku yang selama ini telah berjaya mendidik 2 anak tanpa suami di sisi dengan cemerlang dan berjaya...buktikan kesungguhan seorang ibu tunggal membuktikan kau masih boleh berdiri dengan sendirinya...
tapi, yang membuat aku rasa kecewa di sini, kenapa hubungan aku dengan kakakku tidak boleh terjalin dengan lebih kuat..aku tau, kami tidak seibu..tapi, niat di hati hanya ingin merapatkan kembali dan tidak mahu ada rasa curiga.....
Sedikit pertelingkahan antara ayah dengan kakak 2 minggu yang lalu, membuatkan aku tidak senang duduk..bimbang jika dia terasa hati dengan abah..takut dia curiga akan aku yang membuat abah tidak setuju dengan cadangannya...dengan hati yang tekad aku cuba memujuk kakak melalui sms supaya dia melupakan sahaja kisah yang lepas..ku sangka sejuk..rupanya panas bara menepis ke pipi aku...pelbagai kata dan kalimah yang tak sedap dibaca di hantar kepadaku.. Ya Allah..rasa nak gugur hati dan jantung...Tapi, aku kuatkan semangat untuk terus menyejukkan hatinya. malangnya, dia seperti yang abah kata..lagi kita bercakap lebih banyak jawapan yang diberi...
Entah lah, mungkin faktor tidak seibu..tidak sebantal sejak kecil membuatkan kami sukar untuk terus berbaik..Aku sedih bila kisah lama dibangkit..kisah pendidikan ku diungkit..kisah kesusahan ku yang lalu diisukan...kenapa kak? Salahkah niat adikmu untuk menyatukan keluarga kita? Lupakah akak yang abah bersusah payah membesarkan kan kita sejak kecil..walaupun aku mendapat sedikit kesenangan selepas akak? Bukankah itu takdir dan perjalanan hidup..Pernahkah akak percaya pada Qada` dan Qadar....?
Kasihankanlah abah kita kak...satukan hati kita untuk membahagiakan dia sebelum dia pejamkan mata untuk melihat kita buat selamanya. Bukan harta dan kekayaan menjadi lambang kasih sayang..tapi dengan ikhlas dan tulus menerima kehidupan...
Terima kasih segala yang telah akak curahkan dalam sms yang lalu..Insya Allah jika diizinkan Tuhan mungkin satu hari nanti kita sama2 menyedari di mana kesilapan kita...
Posted at 07:52 pm by mamagenius
Permalink
Monday, November 14, 2005
TOPIK PAGI ERA - TIPS INTERVIEW YBERJAYA

Pagi ni otw gi keje aku dengar radio era..cam bese lar...dengan topik pagi era bersama k&k...normally, aku selalu dengar radio ni bila g keje....bukan per...topik yang dibincangkan kadang2 banyk bagi tips dan ilmu berguna...Pagi ni dorang diskus about interview tips...memang good for any person yang baru nak carik kerja especially yang baru jer grad dan tengah dok nak carik kerja di zaman yang kian mencabar ni....
Dari apa yang aku dapat dengor...tips2 nye..
1
. Berpakaian kemas dan menarik..kalau boleh pakai baju yang ada colour yang membawa maksud kepada kerja yang ingin dipohon...
2. Confident dan tumpukan perhatian kepada interviewer....
3. Pakai wangi2 dan cantik...
4. Keluarkan idea2 bernas bila ditanya interviewer....
5. Buat research be4 pergi interview...baca sedikit sebanyak mengenai company yang ingin kita pergi..at least bleh jawab apa sales yang ada kat company tu...
6. Ada gak yang kata gunakan bomoh b4 pergi interview ( bagi aku ni seme karut je!)
7. Dan bg aku yg paling logik ialah " cabality more important that capasity...." (hehehe.....)
Tapi, apa yang penting ialah berdoa kepada Allah dan berusaha dan bertawakkal kepada Nya...Insya Allah, rezeki tak ke mana.....Macam aku gak..dulu naik turun tangga carik keje...tapi, dengan berkat usaha dan rasa tidak putus asa, Alhamdulillah...finally i got what i want!!!!!!!!!!!
For all new graduates, dont give up...jangan memilih kerja, bermulalah dari bawah..di situ kita akan belajar bagaiman usaha meningkatkan
produdktiviti dan kualiti kita dalam sesuatau kerjaya! try ur best dan percayelah diri anda BOLEH
Posted at 05:46 pm by mamagenius
Permalink
Sunday, November 13, 2005
THE NEW MALAYSIAN POEM

Can study continue STUDY
Can't study, work FACTORY
Cannot rely on CHARITY
Earn a little SALARY
Just enough 4 daily ROTI
Go work no WIRA but LRT.
Colleagues formerly FRIENDLY
Daily treated to KOPI
Now gradually get CRAZY
Behind me say I LAZY.
Boss has no SYMPATHY
Work always must HURRY
Say I not enough BUSY
Often ask me do OT
Midnight go back by TAXI
TAXI surcharge KILLING ME
Now i pokai and NO MORE MONEY
Borrow from chettia kena EXTRA FEE
Coz money is never FREE
Boy/girl-friend go STEADY
Serious, and then MARRY
Ceremony and PARTY
joker-friends give PANTY
No money sure no HONEY
10 months later be DADDY
Wife at GH birth a BABY
Monthly pay back RHB
Earn not enough FEEL GUILTY
Jump down suicide and MATI
No money 4 funeral how to BURY
Go see God every thing hoping will JADI
Because MALAYSIA BOLEH. SEMUA JADI.
Posted at 05:35 pm by mamagenius
Permalink