VOte Lah AkU Seikhlasnya!






Lynda ProFile
_____________

KaoruKasuga Ashida
(my japan name)

29-08-1978
HR Executive

 _____________
   

<< November 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30



______________________


Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati
seorang isteri.
Janji yang termeterai
di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur
buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi
derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi
nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan
pasti dihujani air mata.

Biar kita rasa: rupanya syurga itu
sangat tinggi maharnya.

Isteri...
tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila
yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku
di sudut tersuci di dalam hatimu.....
seorang isteri

________________________


-
insan yang dah tgk








::Blogger::

**********

::mely::
::wkdin::
::dragon::
::Zai::
::sniper::
::sue::
::sync::
::sri diah::
::Pezal::
::Lynn Jepun::
::Lela::
::Habibah::
::ahada::
::Mr.Dut::





member baru


________________

nona
atoi
farah bini pezal
ladypretty(ayu)


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Friday, November 18, 2005
19.11.2005




Air Dicincang Takkan Putus....

Go to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize image
Assalamaualaikum...dalam beberapa hari ni aku tak sempat meneruskan perjuangan blog nih..kerana kesibukan jugak aku tak sempat nak mencari idea, tapi hari ni walaupun aku masih bekerja sedangkan 80% di luar sana sedang bercuti, maka aku pun mengambil peluang ini untuk menambah idea di blog ni..

TAHNIAH Sekalung TAHNIAH buat anak sedara ku Nor Ily Atirah yang baru sahaja menerima keputusan UPSR Dengan keputusan yang cukup cemerlang 5A...

Tahniah buat kakak ku yang selama ini telah berjaya mendidik 2 anak tanpa suami di sisi dengan cemerlang dan berjaya...buktikan kesungguhan seorang ibu tunggal membuktikan kau masih boleh berdiri dengan sendirinya...

tapi, yang membuat aku rasa kecewa di sini, kenapa hubungan aku dengan kakakku tidak boleh terjalin dengan lebih kuat..aku tau, kami tidak seibu..tapi, niat di hati hanya ingin merapatkan kembali dan tidak mahu ada rasa curiga.....

Sedikit pertelingkahan antara ayah dengan kakak 2 minggu yang lalu, membuatkan aku tidak senang duduk..bimbang jika dia terasa hati dengan abah..takut dia curiga akan aku yang membuat abah tidak setuju dengan cadangannya...dengan hati yang tekad aku cuba memujuk kakak melalui sms supaya dia melupakan sahaja kisah yang lepas..ku sangka sejuk..rupanya panas bara menepis ke pipi aku...pelbagai kata dan kalimah yang tak sedap dibaca di hantar kepadaku.. Ya Allah..rasa nak gugur hati dan jantung...Tapi, aku kuatkan semangat untuk terus menyejukkan hatinya. malangnya, dia seperti yang abah kata..lagi kita bercakap lebih banyak jawapan yang diberi...

Entah lah, mungkin faktor tidak seibu..tidak sebantal sejak kecil membuatkan kami sukar untuk terus berbaik..Aku sedih bila kisah lama dibangkit..kisah pendidikan ku diungkit..kisah kesusahan ku yang lalu diisukan...kenapa kak? Salahkah niat adikmu untuk menyatukan keluarga kita? Lupakah akak yang abah bersusah payah membesarkan kan kita sejak kecil..walaupun aku mendapat sedikit kesenangan selepas akak? Bukankah itu takdir dan perjalanan hidup..Pernahkah akak percaya pada Qada` dan Qadar....?

Kasihankanlah abah kita kak...satukan hati kita untuk membahagiakan dia sebelum dia pejamkan mata untuk melihat kita buat selamanya. Bukan harta dan kekayaan menjadi lambang kasih sayang..tapi dengan ikhlas dan tulus menerima kehidupan...

Terima kasih segala yang telah akak curahkan dalam sms yang lalu..Insya Allah jika diizinkan Tuhan mungkin satu hari nanti kita sama2 menyedari di mana kesilapan kita...

Posted at 07:52 pm by mamagenius

rizki fadilah
January 31, 2008   01:57 PM PST
 
bukalah dunia dengan hati, dan kuasailah dunia dengan kejujuran...
hydrocodone
February 26, 2006   09:58 AM PST
 
Nice Entry.
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home