|
Air Dicincang Takkan Putus....
Assalamaualaikum...dalam beberapa hari ni aku tak sempat meneruskan perjuangan blog nih..kerana kesibukan jugak aku tak sempat nak mencari idea, tapi hari ni walaupun aku masih bekerja sedangkan 80% di luar sana sedang bercuti, maka aku pun mengambil peluang ini untuk menambah idea di blog ni..
TAHNIAH Sekalung TAHNIAH buat anak sedara ku Nor Ily Atirah yang baru sahaja menerima keputusan UPSR Dengan keputusan yang cukup cemerlang 5A...
Tahniah buat kakak ku yang selama ini telah berjaya mendidik 2 anak tanpa suami di sisi dengan cemerlang dan berjaya...buktikan kesungguhan seorang ibu tunggal membuktikan kau masih boleh berdiri dengan sendirinya... tapi, yang membuat aku rasa kecewa di sini, kenapa hubungan aku dengan kakakku tidak boleh terjalin dengan lebih kuat..aku tau, kami tidak seibu..tapi, niat di hati hanya ingin merapatkan kembali dan tidak mahu ada rasa curiga..... Sedikit pertelingkahan antara ayah dengan kakak 2 minggu yang lalu, membuatkan aku tidak senang duduk..bimbang jika dia terasa hati dengan abah..takut dia curiga akan aku yang membuat abah tidak setuju dengan cadangannya...dengan hati yang tekad aku cuba memujuk kakak melalui sms supaya dia melupakan sahaja kisah yang lepas..ku sangka sejuk..rupanya panas bara menepis ke pipi aku...pelbagai kata dan kalimah yang tak sedap dibaca di hantar kepadaku.. Ya Allah..rasa nak gugur hati dan jantung...Tapi, aku kuatkan semangat untuk terus menyejukkan hatinya. malangnya, dia seperti yang abah kata..lagi kita bercakap lebih banyak jawapan yang diberi... Entah lah, mungkin faktor tidak seibu..tidak sebantal sejak kecil membuatkan kami sukar untuk terus berbaik..Aku sedih bila kisah lama dibangkit..kisah pendidikan ku diungkit..kisah kesusahan ku yang lalu diisukan...kenapa kak? Salahkah niat adikmu untuk menyatukan keluarga kita? Lupakah akak yang abah bersusah payah membesarkan kan kita sejak kecil..walaupun aku mendapat sedikit kesenangan selepas akak? Bukankah itu takdir dan perjalanan hidup..Pernahkah akak percaya pada Qada` dan Qadar....? Kasihankanlah abah kita kak...satukan hati kita untuk membahagiakan dia sebelum dia pejamkan mata untuk melihat kita buat selamanya. Bukan harta dan kekayaan menjadi lambang kasih sayang..tapi dengan ikhlas dan tulus menerima kehidupan... Terima kasih segala yang telah akak curahkan dalam sms yang lalu..Insya Allah jika diizinkan Tuhan mungkin satu hari nanti kita sama2 menyedari di mana kesilapan kita... |
| rizki fadilah January 31, 2008 01:57 PM PST bukalah dunia dengan hati, dan kuasailah dunia dengan kejujuran... | ||
| hydrocodone February 26, 2006 09:58 AM PST Nice Entry. | ||
| Leave a Comment: |